SEORANG ahli akademik membuat kenyataan di akhbar bahawa Tan Sri Muhyiddin berhadapan dengan masalah integriti apabila peguamnya ‘ditangkap’ kerana dikaitkan dengan kehilangan wang 1MDB sebanyak USD1.5 bilion atau RM7 bilion yang dihantar dari Amerika Syarikat kepada Kerajaan Malaysia.
Pertamanya, peguam tersebut tidak ditangkap. Pejabatnya digegelah yang mana mengikut kenyataan peguam tersebut adalah bertentangan dengan Seksyen 46 Akta SPRM. Jadi mengatakan peguam itu ditangkap salah dari segi faktanya.
(https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2023/10/964079/macc-has-no-right-our-clients-documents-remain-confidential)
Kedua, daripada mana dia dapat fakta duit 1MDB sebanyak USD1.5 bilion hilang? Dia kata duit itu dihantar dari Amerika Syarikat kepada Kerajaan Malaysia. Duit itu dari IPIC kah? AABAR kah? Goldman Sach kah?
Nak tahu duit itu hilang ke tidak senang saja. Semak daripada sumbernya di AS berapa yang dia ‘wire’ kepada Kerajaan Malaysia dan semak pula dalam akaun Kerajaan Malaysia berapa yang diterima? Kalau berkurang maknanya hilanglah. Kalau tak berkurang tak hilanglah.
Adakah ahli akademik ini buat semakan? Ada dirujuk mana-mana laporan rasmi?
Lagipun kerja asset recovery ini bukan kerja peguam seorang. Ada Task Force yang dibentuk oleh kerajaan. Di dalamnya ada wakil-wakil AGC, MOF, MACC, NFCC dan lain-lain.
Saya percaya setiap mesyuarat, setiap perbincangan, setiap perundingan ada catatan minit, ada laporan. Setiap keputusan tidak dibuat oleh seorang individu. Mesti dibuat secara kolektif dan ada endorsement daripada pihak berkuasa yang tertinggi dalam hal ehwal kewangan negara.
Dalam disiplin akademik, apa yang kita tulis mesti ada sumbernya. Atau dalam laras bahasa akademik disebut ‘citation‘.
Saya selalu pesan kepada pelajar PhD saya supaya nyatakan sumber bagi setiap data yang ditulis dalam tesis. Sumber itu pula mestilah sumber primer (primary source) yang rasmi seperti laporan audit, Hansard Parlimen, laporan kementerian, jabatan, agensi antarabangsa dan lain-lain. Sumber chat dalam whatsapp group tak boleh diterima.
Saya selalu pesan kepada pelajar PhD saya bila awak tulis tesis jangan ingat awak cybertrooper. Saya sebagai penyelia tidak akan bersetuju tesis tersebut diserah untuk diperiksa kalau tahap penulisannya macam cybertrooping.
Bukan setakat pelajar tersebut akan gagal, saya pun menanggung malu.
MARZUKI MOHAMAD – HARAKAHDAILY 12/10/2023
Sumber Asal: https://www.facebook.com/679581100/posts/pfbid03244e9d8nQufNLh6sgXcEbuVj6bhwrzak5euTGwkVneLULkSuGc9QDdzMfTN79e7al/?mibextid=CDWPTG
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
Ahli akademik ulas ala cybertrooper dakwaan terhadap TSMY
- Advertisement -