PAS bersama HAMAS, Palestin dan para pejuang Islam

- Advertisement -

- Advertisement -

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

الإخوة وإخواننا حركة المقاومة الإسلامية (حماس) ورجال المقاومة.

أقول لكم أن هذا اليوم هو يومنا أيضا، ليس يومكم فقط. نحن في خندق واحد.

رغم بعد المسافة، واختلاف الأوقات وليتتبعنا كل التطورات من البداية وتستمر حتى النهاية، حتى وصلنا إلى النصر المبين (كما قال رسول الله).

أرجو منكم أن تكونوا على يقين. أنتم لستم وحدكم، معكم الأمة من طنجة إلى جاكرتا.

إنما الرأس في فلسطين والذيول في الشرق والغرب.

ستكون مسيرتنا مستمرة بعون الله سبحانه وتعالى على أقل التضرع إلى الله سبحانه وتعالى، ولتبرع باستطاعتنا من أغنيائنا وفقرائنا وضعفائنا وإخواننا كلهم مع فلسطين.

وأهم الشيء  أن فلسطين توحّد الأمة. لأنهم صاحب الأمانة الأقصى والقدس. أولى القبلتين ومسرى رسول الله صلى الله عليه وسلم.

أرجو منكم أن تكونوا على يقين. نحن نوجّه الأحزاب المعاصرة. سننتصر على هذه الأحزاب كما انتصرنا في الأحزاب السابقة بعون الله سبحانه وتعالى. 

ولا ننساكم في الدعاء والتضرع والقنوت النازلة. فإن شاء الله، سنرتب الإجتماعات في أنحاء ماليزيا، في المساجد يوم الجمعة لبيان موقفنا جميعا مع الإخوة في فلسطين وفتحهم لهذا النصر المبين.

نصّر الله تعالى هذا النصر. والحمد لله رب العالمين.

Kepada saudara kami semua daripada Harakah al-Muqawamah al-Islamiyyah (HAMAS) dan sekalian para pejuang Islam.

Saya ingin mengatakan kepada kalian, bahawa sesungguhnya hari ini yang mencabar adalah hari yang sama buat kami juga. Bukan sahaja hari kalian bersendirian. Kita bersama dalam satu perjuangan Islam yang sama.

Meskipun kita berjauhan dari sudut jarak, dan berbeza dari sudut waktu, tetapi kami sentiasa mengikuti perkembangan kalian sejak mula hingga akhir. Sehinggakan, kita semua akan mencapai kemenangan yang nyata sepertimana sabda Rasulullah S.A.W.

Saya juga berharap kalian semua sentiasa meyakini bahawa kalian tidak bersendirian, bahkan bersama kalian seluruh umat Islam dari Tangier (Maghribi) sehingga ke Jakarta (Indonesia). Sesungguhnya, Palestin umpama kepala (nadi bagi umat Islam), manakala ekornya pula meliputi negara di Timur dan Barat.

Perjalanan kita ini pasti akan diiringi dengan pertolongan Allah S.W.T dengan sekurang-kurangnya (kami yang bukan berada di Palestin) berdoa dengan rendah hati di hadapan Allah S.W.T dan menyumbang dengan kemampuan kami, sama ada daripada kalangan orang kaya, orang miskin, dan orang yang tidak berkemampuan. Dan saudara-saudara kita semuanya ada bersama dengan Palestin.

Sesungguhnya, perkara yang paling penting apabila Palestin menyatukan ummah kerana mereka merupakan pemegang amanah bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa dan bumi al-Quds. Bumi yang menjadi kiblat umat Islam dan tempat berlakunya perjalanan Israk Rasulullah S.A.W ke sana.

Aku berharap kalian sentiasa meyakini bahawa kita sedang berhadapan dengan pakatan Ahzab moden. Kita pasti akan mengalahkan pakatan Ahzab ini sepertimana kita telah mengalahkan pakatan Ahzab terdahulu dengan pertolongan daripada Allah S.W.T.

Dan kami tidak akan melupakan kalian dalam doa dalam kerendahan diri di hadapan Allah dan dalam bacaan qunut nazilah yang dipanjatkan kepadanya. Insya-Allah, kami akan mengaturkan beberapa himpunan di seluruh Malaysia dan juga di masjid-masjid pada hari Jumaat bagi menyatakan pendirian dan solidariti kami bersama saudara kami di Palestin dan terhadap pembukaan yang mereka gerakkan untuk mencapai kemenangan yang nyata ini.

Semoga Allah S.W.T memberikan pertolongan kepada kalian dalam mencapai kemenangan ini. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. 

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 10/10/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!