Salur peruntukan pembangkang sebagai tanda perpaduan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Konflik terbaharu antara Palestin dan Israel menyebabkan semua Ahli Dewan Rakyat sependapat menyokong usul kerajaan yang prihatin nasib Palestin dan membantah kekejaman Israel.

Dato’ Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) berkata, suasana itu sukar diperolehi sejak Pilihan Raya Umum lalu walaupun ideologi politik antara kerajaan dan pembangkang berbeza.

- Advertisement -

Menurutnya, kerajaan perlu merebut peluang ketika semua wakil rakyat sependapat untuk menyelesakan masalah membabitkan pembangkang, termasuk penyaluran peruntukan wakil rakyat.

“Hari ini saya merasai perpaduan, ini kali pertama merasai perpaduan, selama ini saya nak sebut perpaduan tetapi kami tidak bersatu padu, kami hari ini betul-betul rasa perpaduan

“Jadi sebagai tanda perpaduan, Yang Berhormat timbang-timbangkan juga peruntukan wakil rakyat PN,” kata ketika membahaskan usul berhubung konflik Palestin di Dewan Rakyat, hari ini.

Bekas Menteri Besar Perlis itu juga mencadangkan kerajaan menubuhkan tabung mengutip derma untuk membantu serta memberi sokongan rakyat Palestin yang terjejas.

Beliau berkata, sebelum ini langkah itu dibuat secara persendirian oleh individu melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO) atas kesedaran tersebut walaupun terdedah kepada sebarang penyelewengan.

“Saya minta kerajaan ambil alih serta merta supaya bantuan dan derma rakyat Malaysia sampai terus ke tabung untuk membantu Palestin, seorang bagi RM1, kita ada RM33 juta.

“Kalau seorang bagi RM10 jadi RM330juta, dalam masa sekejap kita boleh kumpulkan duit, tetapi kerajaan kena cari cara bagaimana kita nak sampaikan bantuan ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/10/2023

- Advertisement -