Umat Islam disaran bersoladiriti demi kebebasan Palestin

Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menyeru umat Islam bersatu serta bersoladiriti demi kebebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

- Advertisement -

Katanya, ketika ini pergolakan berlaku di Palestin terutama melibatkan serangan balas tentera dari Kumpulan Pejuang Palestin iaitu Hamas dan Jihad Islami melalui operasi ketenteraan mengejut ke atas negara haram Israel yang dikenali sebagai ‘Taufan Al-Aqsa’ dua hari lalu.

“Saya menyeru semua umat Islam bersatu demi kebebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa,” ujarnya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya, Palestin sentiasa bergolak serta dijajah secara haram sejak berabad yang lalu.

Tambahnya, Ia juga termasuk pencerobohan berterusan terhadap Masjid Al-Aqsa oleh rejim zionis dengan pelbagai cara.

“Situasinya akan semakin getir melalui serangan yang diperhebatkan oleh pejuang Palestin ke atas rejim zionis dan pastinya akan ada sengit antara kedua-dia pihak.

“Justeru, seluruh umat Islam diseru untuk bersatu melalui solidariti khas solat hajat di masjid-masjid atau premis masing-masing,” ujarnya.

Tambahnya umat Islam disaran juga membaca doa Qunut Nazilah setiap hari demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin dan pembebasannya sebagai negara berdaulat dan demi Masjid Al-Aqsa. – HARAKAHDAILY 8/10/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -