Terima kasih jentera pilihan raya PN PRK Pelangai

Ustaz rosli
Ustaz Rosli Abdul Jabar
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Pahang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu PERIKATAN NASIONAL di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai sama ada sumbangan dalam bentuk tenaga mahupun kewangan.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar berharap semoga sumbangan semua menjadi amal soleh dan menjadi saksi kebaikan di akhirat nanti.

“Kita semua telah berusaha dan pastinya reda dengan ketentuan Allah SWT.

“Semoga terus istiqamah dalam perjuangan dan menjadikan PRK Pelangai sebagai medan kepada kita semua untuk bermuhasabah bagi pertingkatkan lagi kekuatan jentera untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang. Insya-Allah,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi PN negeri dalam kenyataan menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Pada PRK Dun Pelangai yang berlangsung semalam, calon PN, Cikgu Kasim Samat memperoleh 4,375 undi manakala calon BN, Datuk Amizar Abu Adam mendapat 7,324 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 47 undi.

Sebanyak 72.12 peratus daripada 16,456 pengundi Dun Pelangai keluar mengundi pada PRK itu.

PRK Dun Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Dato’ Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.– HARAKAHDAILY 8/10/2023