Rumah: Ada YAB Dato’ Seri PM…

Dr Azman meninjau projek pembinaan rumah untuk penduduk di Jabi.

“Negeri yang berdegar-degar syarah! Berapa buah rumah kamu bina?

Advertisement

“Gaji pun minta kat saya!”

Ada YAB Dato’ Seri PM…

Di Jabi sahaja dalam masa 5 tahun kita bina lebih 30 buah rumah bawah Program Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) bernilai RM70,000 sebuah yang diberi percuma sahaja kepada rakyat.

Projek pembinaan 100 unit Rumah Mampu Milik dibina di Jabi dengan kos RM148,000 setiap unit, diberi milik kepada rakyat melalui kaedah sewa beli dengan harga RM80,000 sahaja.

Saya juga menguruskan pembinaan 150 unit rumah Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Besut, Setiu dan Kemaman. Kos pembinaan hampir RM150,000 tapi kerajaan negeri beri milik kepada rakyat dengan harga RM54,000 sahaja.

Ada bantuan RM13 juta daripada Kerajaan Pusat zaman PM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerajaan negeri tampung RM20 juta. Tak termasuk tanah yang diberi percuma.

Ini baru projek pembinaan rumah di mana saya sebagai Adun Jabi dan Exco Pertanian terlibat secara langsung. Rumah lain banyak lagi.

Duit yang Terengganu tuntut ialah hak rakyat Terengganu dari hasil petroleum. Bukan mengemis untuk bayar gaji Dato’ Seri. Tak kisahlah sama ada atas nama royalti, dana khas petroleum atau wang ehsan, yang penting hak rakyat Terengganu wajib disalurkan.

Dato’ Seri dulu ketika jadi pembangkang pernah janji nak bagi 20 peratus royalti. Tapi Terengganu tak tuntut pun 20 peratus. Hanya minta hak kami 5 peratus sahaja.

Dato’ Seri seorang pejuang hak rakyat dari zaman muda lagi. Maka tak sayugia rakyat Terengganu didera hanya kerana kami membuat keputusan tidak memilih parti Dato’ Seri dalam PRU. Dengan jiwa besar seorang negarawan, Dato’ Seri perlu hormati pilihan rakyat.

Terima kasih Dato’ Seri. – HARAKAHDAILY 3/10/2023

Penulis ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu.