Pengundi Pelangai perlu undi PN elak mengundi lagi

BENTONG: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai diminta memilih PERIKATAN NASIONAL (PN) jika tidak mahu mengundi dua kali kerana kerajaan Pahang dikesan melakukan sogokan kepada pengundi.

Advertisement

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Panglima Perang, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, PN mengesan kegiatan memberi sogokan wang tunai kepada pengundi dilakukan pihak lawan.

Malah katanya kes seumpama itu pernah berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke 15 di Parlimen Kuala Terengganu, yang dianggap Mahkamah Pilihan Raya sebagai sogokan pengundi.

“Saya tidak tahu kalau di Pahang tidak dianggap rasuah sedangkan undang-undang tetap sama walaupun bantuan atas nama sahaja kerajaan negeri.

“Kalau tidak mahu diadakan pilihan raya dua kali kerana ia akan menyusahkan rakyat kerana tindakan pemimpin Umno,” katanya pada Ceramah Perdana Kejayaan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis di Dataran Purnama Simpang Pelangai di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Pemuda PN Pusat Ustaz Ahmad Fadhli Shaari; Pengerusi PN Pahang, Dato’ Seri Saifuddin Abdullah; Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar; ahli parlimen Kuala Terengganu Dato’ Ahmad Amzad Mohamed dan Ahli Parlimen Pendang Dato’ Awang Solahuddin Hashim.

Sebelum ini tular di media sosial kerajaan negeri Pahang memberi bantuan kepada rakyat di kawasan Pilihan Raya Kecil di Dun Pelangai. – HARAKAHDAILY 3/10/2023