SEPANGGAR: “Aktiviti ziarah seperti ini membuka mata kita bahawa ada masyarakat di sekeliling sedang melalui fasa sukar dalam hidup,” kata Yang Dipertua PAS Sepanggar, Dr. Aliakbar Gulasan.
Beliau menyatakan demikian susulan PAS kawasan mengadakan aktiviti ziarah penduduk dalam kalangan masyarakat miskin, OKU, sakit, warga emas, armalah dan anak yatim (MOSWAY) sekitar Kampung Malawa V19 Sepanggar, di sini semalam.
Keluarga pesakit yang diziarahi menerima sumbangan bakul makanan dan rawatan rukyah.
“Saya doakan agar kita semua terus kuat dalam mengharungi kehidupan.
“Terima kasih Lajnah Kebajikan PAS Sepanggar kerana menyusun program ini,” ujarnya yang juga Setiausaha PAS Sabah.
Isteri kepada salah seorang pesakit strok, Habibah Marjan, 63 menyatakan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada PAS Sepanggar atas program ziarah tersebut.
Turut hadir Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan, Mohamad Idris Mohammad dan AJK Muslimat PAS kawasan, Jamaliah Mohidin dan Nur Iman Mansur. – HARAKAHDAILY 3/10/2023