Politik berorientasi dosa pahala, undilah Cikgu Kasim

- Advertisement -

PRK DUN Pelangai (N.36), PERIKATAN NASIONAL telah meletakkan Cikgu Kasim, anak jati tempatan sebagai calon melawan calon Barisan Nasional.

Malam ini berkesempatan dalam Sembang Santai Anak Muda di Felda Chemomoi DUN Pelangai bersama YB Afnan Hamimi Taib Azzamudden, YB Muhammad Fawwaz Mat Jan dan YB Ustazah Dr Siti Mastura Mohamad.

Saya mulakan sembang santai anak muda malam ini di Pelangai dengan suatu diksi fundamental, politik PAS di Malaysia ini adalah berorientasikan dosa dan pahala. Kita menyertai pilihan raya pastinya mahukan kemenangan tetapi yang lebih penting adalah membawa rakyat untuk kenal Tuhan.

Banyak perkongsian ahli panel dalam kalangan Ahli Parlimen, terasa kerdilnya ujian yang Allah berikan pada diri yang sedikit berbanding mereka yang telah melalui ranjau dan duri perjuangan. Saya simpulkan Yang Berhormat anak-anak muda hebat seperti ketiga-tiga panel malam ini layak dan patut diberikan tempat sewajarnya dalam membawa suara anak muda di Malaysia. 

Saya doakan agar Cikgu Kasim diberikan kemenangan di DUN Pelangai dan boleh membawa denyut nadi rakyat Pelangai serta matlamat besar membawa agenda agama dalam pentadbiran dan pembangunan Insan.

Anak muda Pelangai, saya seru sokongan kepada Cikgu Kasim pada PRK 7 Oktober 2023. Undilah calon PERIKATAN NASIONAL.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 2/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -