Menjawab tuduhan Umno: Siapa khianat siapa?

UMNO kian terdesak. Terdesak sehingga Tok Mat terpaksa mereka-reka naratif palsu menuduh PAS khianat. 

‘Pengkhianat’ inilah yang menghulur tangan waktu Umno kalah PRU-14. PAS bahkan elak pertembungan kerusi dengan Umno. Cara nak berkawan. 

PAS mengalah demi Penyatuan Ummah sehingga Umno menang satu demi satu PRK. Demi kawan. 

Bagi PAS, kejayaan Penyatuan Ummah lebih mahal. PAS mengalukan semua yang ingin berkawan atas dasar Penyatuan Ummah. 

Syarat PAS mudah, Penyatuan Ummah ini perlu disertai semua parti Melayu dan bukan-Melayu yang tidak ekstrem. 

Inilah penyatuan yang PAS mahukan. Dalam Muafakat Nasional (MN) dan PERIKATAN NASIONAL (PN) kita perjuangkan.

Formula yang PAS cadang adalah BN, BERSATU dan PAS mesti bergabung lawan PH. Kita yakin kita boleh menang dalam PRU15 jika 1 lawan 1.

Namun Umno memilih untuk bersikap sombong. Ego. Bodoh. 

Dalam PAU 2020, Umno menyatakan pendirian, ‘No BERSATU, No Anwar, No DAP”.

Dalam PRN Melaka, Umno menyatakan pendirian tiada kerjasama dengan BERSATU mahupun PAS. 

Dalam PRN Johor, Umno terus angkuh dan memilih bergerak solo.

Umno juga menolak penyatuan yang kita tawarkan dalam menghadapi PRU15. 

Kononnya parti keramat terbesar orang Melayu itu mampu bergerak sendiri.

Hasilnya, Umno terciduk ditolak rakyat. Tiba-tiba PAS yang salah? 

Dalam keadaan itu, PAS terus membuka pintu. PAS tetap ingin teruskan agenda Penyatuan Ummah dengan Umno yang jernih.

Sedangkan Umno memilih untuk tetap mengalir dalam air yang keruh sehingga sanggup bersama PH-DAP.

Sedarlah. Umno bukan kalah kerana PAS tetapi kerana pimpinan Umno yang lupa diri. Kerana Presiden Umno yang pentingkan diri. Ahli Umno perlu sedar perkara ini.

Sekian.

YB DATUK USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Bagan Serai
2 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 2/10/2023

Advertisement