Ilmu urus jenazah perlu diterap dalam masyarakat

KOTA KINABALU: Ilmu pengurusan jenazah perlu terus diterapkan kepada masyarakat bagi melengkapkan urusan kemasyarakatan dalam sesebuah kampung atau komuniti, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Sepanggar, Dr Aliakbar Gulasan

Advertisement

Sehubungan itu, katanya bengkel pengurusan jenazah dapat menyatupadukan penduduk setempat dan dapat menyempurnakan tuntutan hidup bermasyarakat.

“Keterlibatan pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan ahli jawatankuasa masjid merupakan indikator penting dalam proses penyatuan dan kefahaman masyarakat tentang ilmu fardu kifayah ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Bengkel Pengurusan Jenazah di Masjid Al-Kauthar, Kampung Karambunai, semalam.

“Diharap program seumpama ini diteruskan di masjid dan surau dan diimarahkan dengan pelbagai aktiviti,” ujarnya lagi.

Bengkel itu berjaya menarik hampir 100 peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Karambunai dan sekitar.

Program anjuran Ameerah Sepanggar itu juga diisi dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma oleh PAPISMA.

Turut hadir ialah Ketua Muslimat PAS kawasan, Ummu Ahnaf Abu, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Nur Iman Mansur. – HARAKAHDAILY 2/10/2023