1 Oktober: Hari Kopi Sedunia 

- Advertisement -

KEDAI kopi pertama di dunia yang direkodkan dikatakan telah wujud pada tahun 1475 di Istanbul iaitu semasa pemerintahan Sultan Mehmet Al-Fatih.

Semasa kurun ke-15 Masihi orang Yaman telah menemui bahawa apabila dikisar, panggang dan dibancuh, biji-biji kopi dari pokok kopi mampu menghasilkan sejenis minuman yang menyegarkan.

Penemuan ini juga dituntut oleh orang Habsyah, tetapi menurut rekod rasmi, tempat pertama di mana berlakunya pengeksportan biji-biji kopi paling awal berlaku adalah dari kawasan Laut Merah iaitu Yaman, dengan sebab itu juga ianya terkait rapat dengan kawasan pengeluaran kopi semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah.

Menurut tradisi, golongan awal peminum kopi ini adalah dari kalangan para sufi dengan tujuan untuk berjaga malam untuk berzikir dan beramal. Bermula dari situ, amalan meminum kopi ini telah merebak ke Tanah Haram Makkah.

Seterusnya kopi telah diperkenalkan di Mesir dan Damaskus melalui jemaah haji yang pulang ke negara asal masing-masing. Pada pertengahan kurun ke-16 minuman menyegarkan ini telah menemui tempatnya di pusat Khalifah Uthmaniyah iaitu Istanbul. 

Semenjak itu, kopi telah tersebar luas dan dinikmati oleh para pemerintah serta masyarakat.

Ketika kurun ke-17, kedai kopi boleh dilihat di merata ceruk, bahkan kampung-kampung juga terdapat kedai kopi masing-masing. Evliya Celebi, seorang penulis pengembara Uthmaniyah telah mencatatkan bahawa kadang-kadang beliau melihat di kedai-kedai kopi bandar-bandar utama boleh memuatkan sehingga 1,000 pelanggan sekali gus.

Pada awal kurun ke-18, dicatatkan bahawa orang Eropah telah berjaya menyeludup keluar pokok-pokok kopi dari Habsyah untuk ditanam di jajahan mereka di kawasan Caribbean.

Pada penghujung kurun ke-17, biji-biji kopi dari negeri-negeri jajahan Amerika mendapat tempat di pasaran mengatasi biji-biji kopi dari Yaman, malah turut diimport oleh pasaran Uthmaniyah.

(Lukisan Kurun Ke-17 oleh Rembrandt : Kopi merupakan minuman utama di India sebelum Inggeris memperkenalkan teh) 

FAZLI TAHIR – HARAKAHDAILY 2/10/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0PYoWXffwdNxi8V92smfsP4JgEeT8TJwwon8mAg8LaGskkTb75cNyTUvuFhKsQC6Fl&id=1547401434&mibextid=Nif5oz 

- Advertisement -

PENAFIAN:

HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -