Tiada perebutan kuasa dalam Muktamar PAS

Keharmonian pemilihan yang dicemburui parti lawan

DALAM Muktamar PAS, jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Jawatankuasa Kerja dan jawatan-jawatan lain dipertandingkan. 

Tapi bila mai tang pencalonan, kerusi Presiden dan Timbalan Presiden tiada pertandingan kerana hanya satu sahaja nama yang dicalonkan untuk setiap kerusi. Kut celah mana nak buat pertandingan, takkan seorang-seorang bertanding kut satgi depa tengok pelik tak dibuat orang.

Naib Presiden pun hampir-hampir ada pertandingan tetapi calon Sanusi tarik diri pula, maka kesemua tiga calon Naib Presiden menang tanpa bertanding. 

Begitulah hebatnya PAS tiada pertandingan kerana masing-masing tidak mahu berebut jawatan malah yang menang tanpa bertanding pun disebabkan telah menyandang jawatan sedia ada. 

Tiada yang menawarkan diri untuk jawatan tertinggi apatah lagi nak merebut jawatan berkenaan. Yang dicalonkan pun menolak pula kerana merasa tidak layak dan belum mampu untuk menerima amanah.

Maka diketahuilah sekalian rakyat bahawa tiada pertandingan untuk jawatan tertinggi dalam Muktamar PAS tahun ini setelah diumumkan Setiausaha Agung PAS.

Namun pada pihak yang tiada maruah dan tiada jati diri pemimpin sebagaimana parti lawan kepada PAS mula ambil berita ini untuk diputarbelitkan dan nak disampaikan seolah-olah sama dengan kelaku buruk depa

Depa cuba nak samakan dengan kelakuan huduh depa yang sehingga ke tahap menggunakan usul tiada pertandingan dan sanggup mengenakan tindakan disiplin kepada sesiapa yang ingin bertanding atau kepada sesiapa yang masuk calon untuk bertanding. Dek kerana Presiden yang penakut dan berjiwa kecil maka diumumkan Presiden Umno menang tanpa bertanding.

Pada satu parti lagi pula siap terbang kerusi bergaduh semasa pemilihan. Malah calon yang kalah siap hantar surat aduan laporan kepada ROS minta dibatalkan keputusan pemilihan parti. Kelaku tidak gentleman pemimpin PKR tapi dok berlagak hero walaupun kalah bertanding kerana tiada orang yang suka.

Begitulah betapa ‘disaster’nya parti seperti PKR dan Umno yang tiba-tiba nak disamakan pula dengan PAS. Keharmonian pemilihan jawatan dalam PAS menjadi sesuatu yang dicemburui semua parti politik yang lain.

Tahniah PAS dan PERIKATAN NASIONAL. Parti yang Bersih dan Stabil. Budaya Politik Matang dan Sejahtera terus diamal dan dipertahankan.

ABU FATEH – HARAKAHDAILY 30/9/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0KEvpNFvJ11CbRoize3Kt7CwYBAYJ3QQ5mP3HXEMKXBynnJsMzk6mY3srGKYPgJYfl&id=100064584887142&mibextid=Nif5oz

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

Advertisement