Tujuh maut, 35 cedera letupan bom di Pakistan

Berpuluh-puluh cedera dalam letupan bom di barat daya Pakistan pada hari ini, Jumaat, 29 Sept 2023. (FOTO: AP)

MASTUNG: Sekurang-kurangnya tujuh anggota polis terbunuh dan lebih 35 cedera dalam satu letupan berhampiran perhimpunan agama di barat daya Pakistan.

Advertisement

Pentadbir kerajaan Atta Ullah berkata, pengeboman yang berlaku pada hari ini, Jumaat (29 Sept) adalah di  Mastung, sebuah daerah di wilayah Baluchistan, ketika  perhimpunan diadakan bagi meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, lapor The National News.

“Mangsa  yang cedera dibawa ke hospital berdekatan, dan sebahagian daripada mereka berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Baluchistan telah mengalami keganasan pemisah di tangan pemberontak Baloch, tetapi perjuangan serentak dengan Taliban Pakistan menggariskan cabaran yang semakin meningkat yang dihadapi tentera kerajaan di rantau itu.