SANDAKAN: Dewan Muslimat dan PAS Sandakan mengedar cup cakes dan risalah berkaitan Nabi Muhammad SAW bersempena meraikan hari keputeraan baginda hari ini.
Program anjuran Lajnah Dakwah Dewan Muslimah PAS Sandakan itu mengedarkan sebanyak 250 cup cakes dan risalah kepada orang ramai di sekitar Harbour Mall Sandakan.
Pengarah program tersebut Nurbayah Madi berkata, program itu diadakan secara santai untuk menarik orang awam mengenali perjuangan Nabi Muhammah SAW dalam menegakkan Islam, di samping itu memperkenalkan PAS Sandakan.
Ketua Muslimat PAS Sandakan, Ummu Syifa’ pula berkata, PAS julung kali mengadakan dakwah santai secara terbuka.
“Dakwah Street atau dakwah jalanan ini mampu menarik dan mendekati lebih ramai anak muda kepada agama Islam dan mengenali PAS,” katanya pada program tersebut.
Kata beliau juga program yang diadakan sempena kelahiran Nabi SAW, diraikan dan berkongsi ilmu tentang sejarah kelahiran baginda supaya menambah kecintaan kepada Nabi SAW sambil mengajak orang ramai berselawat.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, Ketua Pemuda PAS Sandakan Azman Lapumdagar dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Sandakan. – HARAKAHDAILY 28/9/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!