Kelantan tunggu maklum balas kunjung hormat PM

Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan kini sedang menunggu maklum balas daripada Pejabat Perdana Menteri bagi menyatakan tarikh untuk mengadakan kunjungan hormat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Advertisement

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud memaklumkan, sebelum ini Perdana Menteri sudah menyatakan persetujuan dan kesudian untuk kunjungan hormat berkenaan.

“Setakat ini saya sudah dua kali saya menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri dan saya juga telah memaklumkan berhubung hasrat kita untuk mengadakan kunjungan hormat.

“Sebelum ini pun, Perdana Menteri sudah menyatakan kesudian dan kini kita menunggu maklum balas daripada Pejabat Perdana Menteri untuk memberikan tarikh.

“Kita faham Perdana Menteri sibuk dan baru sahaja pulang dari luar negara dan kita akan menunggu tarikh yang akan ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Pondok Pasir Tumboh, di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 28/9/2023