Tragedi kebakaran di Iraq: Pasangan pengantin turut maut

Pasangan pengantin (kiri) sedang menari ketika bumbung (kanan) yang dilahap api jatuh ke lantai berhampiran mereka. (FOTO: Daily Mail. co.uk/X @realzaidzayn)

BAGHDAD: Tragedi kebakaran dahsyat di sebuah dewan perkahwinan di daerah Hamdaniya, di wilayah Nineveh, Iraq turut meragut nyawa pasangan pengantin.

Dalam kejadian itu pada malam Rabu (25 Sept) itu, lebih 110 maut dan lebih 150 yang lain mengalami kecederaan.

Video menunjukkan pasangan pengantin baharu yang diraikan, dikenali sebagai Haneen dan Revan sedang menari sebelum kebakaran berlaku, dipercayai dimulakan oleh bunga api, merobek dewan besar di bandar utara Qaraqosh berhampiran Mosul itu, lapor Daily Mail co.uk.

Advertisement

Haneen, yang memakai gaun pengantin putih besar, dilihat berpusing ngeri melihat api memanjat dinding dengan laju sebelum terbakar mula jatuh dari bumbung. 

Kekacauan berlaku, dengan sehingga 900 tetamu di dalam dewan perkahwinan yang panik bergegas ke arah pintu keluar ketika dewan perkahwinan itu dilahap \api dan dipenuhi dengan asap beracun. 

Mangsa yang terselamat telah memberitahu  ramai yang terperangkap di dalam dewan yang terbakar kerana mereka tidak dapat melihat melalui asap hitam yang memenuhi dewan berkenaan. 

Pegawai kesihatan, Ahmed Dubardani mengesahkan, pasangan pengantin antara lebih 110 yang maut, 50  daripada 150 yang cedera berada dalam keadan  kritikal. 

Beratus-ratus tetamu perkahwinan, kebanyakannya kanak-kanak, dikejarkan ke hospital dengan melecur teruk di badan mereka, ramai daripadanya  yang bertarung nyawa. 

Seorang tetamu majlis perkahwinan itu, Rania Waad, yang melecur di tangannya, berkata: “Ketika Haneen dan Revan sedang menari perlahan, bunga api mula naik ke siling dan seluruh dewan terbakar. Kami tidak dapat melihat apa-apa,” tutur remaja berusia 17 tahun itu sambil menangis. 

“Kami alami sesak nafas, kami tidak tahu bagaimana hendak keluar (dari dewan yang sedang terbakar),” katanya. – HARAKAHDAILY 27/9/2023