Ikrar pertahan Kemaman dengan majoriti lebih besar

Sekiranya tidak merayu dan PRK diadakan

KITA hormat keputusan mahkamah, terpulang kepada perbincangan di peringkat tertinggi parti untuk merayu atau tidak.

Sekiranya parti ambil keputusan untuk tidak merayu bagi menjimatkan masa, sudah tentu akan berlaku Pilihan Raya Kecil dan wang rakyat terpaksa digunakan untuk mengendalikan Pilihan Raya Kecil ini. Namun, kita berikrar akan pertahankan Parlimen Kemaman sekali lagi dalam Pilihan Raya Kecil dengan majoriti yang lebih besar Insya-Allah.

Agak pelik apabila SPRM sendiri boleh umumkan peruntukan kerajaan semasa musim pilihan raya bukannya satu rasuah seperti yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri di Terengganu ketika berkempen untuk PRN baru-baru ini. Sedangkan mahkamah memutuskan hari ini segala macam bentuk bantuan kerajaan negeri ketika kempen Pilihan Raya Umum ialah satu bentuk sogokan yang bertujuan mempengaruhi pengundi 

Jika berlaku Pilihan Raya Kecil, secara peribadi saya berpandangan calon Barisan Nasional yang paling sesuai ialah Datuk Seri Ahmad Said. Kita berlawan pula sekali lagi Abang Eid (edit: abang Mad).

USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN) – HARAKAHDAILY 27/9/2023

Advertisement