Takiyuddin tinjau lokasi kebakaran berhampiran KB Mall

Takiyuddin di lokasi kebakaran di simpang empat KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah segera berada di lokasi kebakaran selepas menerima laporan tentang kejadian itu yang berlaku di sebuah pusat aksesori kereta di simpang empat kompleks beli-belah, KB Mall.

Turut hadir untuk bersama-sama meninjau senario kebakaran itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, Shaari Mat Yaman yang turut bergegas ke tempat kejadian.

- Advertisement -

Takiyuddin berkata, beliau merakamkan kesyukuran kerana pasukan bomba berjaya mengatasi dan memadamkan api yang marak.

“Kita bersyukur dan berterima kasih kepada pihak bomba atas tindakan yang sangat pantas dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut,” katanya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.21 tengah hari semalam itu, sebuah bangunan tiga tingkat menempatkan pejabat perniagaan dan kedai menjual aksesori kenderaan terbakar di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu yang  terletak berhampiran KB Mall, di sini.

Pihak bomba telah menggunakan kekuatan dua buah jentera dan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran tersebut.

Menurut sumber Bomba Dan Penyelamat, kebakaran dipercayai berlaku dari bahagian belakang bangunan berkenaan sebelum merebak keseluruhan bangunan berkenaan. – HARAKAHDAILY 26/9/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!