Syed Khairol Anuar dilantik Pegawai Kewangan Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Syed Khairol Anuar Syed Abidin dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang baharu.

- Advertisement -

Pelantikan beliau itu menggantikan Dato’ Wira Isahak Murat yang bersara bermula hari ini.

Majlis Pengurniaan Tauliah Perlantikan disempurnakan oleh Tuanku Sultan Kedah, di Istana Anak Bukit, hari ini.

Antara yang hadir pada majlis itu termasuklah Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, Dato’ Seri Norizan Khazali.

Semalam, Majlis Sanjungan Budi, Semarak Kasih diadakan di Royal Club, Alor Setar sebagai menghargai sumbangan Dato’ Wira Isahak kepada kerajaan negeri sepanjang tempoh beliau bertugas.

Majlis berkenaan dihadiri Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri dan lain-lain daif kenamaan. – HARAKAHDAILY 26/9/2023

- Advertisement -