KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengetuai delegasi Malaysia ke Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) 2023 yang berlangsung pada hari ini hingga 29 September.
- Advertisement -
Persidangan selama tiga hari dua malam itu berlangsung di Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia.
IMT-GT ialah rangka strategik kerjasama ekonomi antarabangsa dengan persetujuan pemimpin dari tiga negara terlibat.
Ia bagi membangunkan 14 wilayah di Selatan Thailand, lapan negeri di Malaysia (Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan) dan 10 wilayah dari Sumatera, Indonesia. – HARAKAHDAILY 26/9/2023