Keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kemaman

BERIKUT ialah kenyataan daripada Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat berhubung keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kemaman.

Advertisement

Keputusan petisyen pilihan raya P.040 Kemaman

Tarikh: Selasa | 26 September 2023
Waktu: 10.30 pagi
Tempat: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu
Hakim: YA Datuk Anselm Charles Fernandis

Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Terengganu sebentar tadi telah membenarkan Petisyen Pilihan Raya P.040 Kemaman dengan kos sebanyak RM30,000.

YA Hakim Pilihan Raya Datuk Anselm Charles Fernandis memutuskan sedemikian dan selanjutkan mengisytihar bahawa YB Che Alias bin Hamid telah dilapor pilih secara tidak sah sebagai Ahli Parlimen bagi Bahagian Pilihan Raya P.040 Kemaman pada 19.11.2022 yang lalu.

Antara alasan yang dikemukakan Hakim ialah pemberian Bantuan Wang Tunai secara One-Off bagi program Ibu Tunggal, Pencen Rakyat, i-Belia dan i-Siswa di ambang PRU15 adalah terjumlah kepada perbuatan mempengaruhi undi (to induce voters) untuk mengundi Responden.

YB Exco/Timbalan Exco yang merasmikan program tersebut dianggap sebagai ejen kepada Responden atas dasar ”common interest” untuk memastikan kemenangan Responden.

Responden mempunyai masa selama 14 hari (tarikh akhir 9.10.2023) untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan ini.

Peguam-peguam yang bertindak mewakili YB Che Alias Hamid sepanjang perbicaraan petisyen ini adalah:

1. Wan Rohimi bin Wan Daud
2. Yusfarizal bin Yussoff
3. Mohd Faizi bin Che Abu
4. Saifuddin bin Othman
5. Mohd Nasir Embong
6. Dato’ Fariz Irwan bin Dato Mustaffa

26 September 2023 @ 12.42pm
LUHAM Pusat – HARAKAHDAILY 26/9/2023