Melayu mesti bersatu sokong PERIKATAN NASIONAL

Dato' Seri Shahidan Kassim bersama Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Bilik Operasi PERIKATAN NASIONAL PRK DUN Pelangai, petang semalam.
- Advertisement -

BENTONG: Rakyat sudah muak dengan janji-janji kerajaan dalam keadaan hidup mereka semakin hari semakin terhimpit, tidak lagi mampu menahan sakit menunggu dan menagih janji politik yang diibarat ‘buka mulut saja bohong’.

- Advertisement -

“Saya nak tanya orang Umno sini, siapa yang setuju harga beras naik RM38, siapa-siapa setuju kita sokonglah kerajaan sekarang,” kata Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kasim.

Justeru, rakyat tidak lagi boleh berharap kepada BN dan Umno untuk menjaga kebajikan orang Melayu, jauh sekali menaikkan ekonomi.

Katanya, sedangkan untuk sesuap nasi pun mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk menolong orang Melayu.

“Ni PKR campur Umno, campur ni semua dalam Kabinet, kita ada 34 (ahli parlimen) orang Melayu, bayangkan 34 Melayu memerintah negara, kami (PERIKATAN NASIONAL) 74.

“Umno (ada) 26, PAS 43, kalau Umno kuat saya nak orang Melayu sokong Umno, tapi Umno telah jatuh, bagaimana kita nak sokong parti yang jatuh?

“Sekarang ni kita nak semua orang Melayu sokong PERIKATAN NASIONAL, pangkah PN. Tujuan kita pilih PN bukan kerana kita nak tolak Umno,” katanya semasa ditemui di Bilik Operasi PERIKATAN NASIONAL PRK DUN Pelangai, petang semalam.

Beliau menegaskan bahawa orang Melayu tiada pilihan lain terbaik selain PERIKATAN NASIONAL dan untuk merealisasikan kemenangan di PRK Pelangai, penduduk Pelangai berjumlah 16,456 orang yang majoritinya orang Melayu, mereka perlu bersatu memilih PN.

“Orang Melayu mesti bersatu. Melayu dah 70 peratus dah, sekarang ni kita nak minta orang Felda tunjukkan kesatuan Melayu.

“Kita nak cari satu parti yang orang Melayu boleh menumpang, yang orang Melayu boleh menumpang adalah PERIKATAN NASIONAL,” ujarnya yang berkunjung ke perkampungan Felda berdekatan dalam dalam siri kempen PERIKATAN NASIONAL untuk PRK Pelangai. – HARAKAHDAILY 24/9/2023

- Advertisement -