Zahid ditatang bagai minyak penuh

TIDAK mampu selesaikan masalah ekonomi, tidak mampu menjaga rakyat, tidak ada perancangan rapi.

Itulah Kerajaan PH-BN selepas 10 bulan menjadi kerajaan.

Tetapi mereka luar biasa. Tak sampai setahun berkuasa, 47 kes mahkamah Zahid Hamidi digugurkan. 

Sebelum ini beritahu rakyat, “Saya tak campur tangan.”

Kemudian beritahu, “Saya ada jumpa dan bincang dengan Peguam Negara.”

Hari ini, “Saya tegaskan saya tak pernah bincang dengan Peguam Negara.”

Dari lagu Hoi Ho Ya Hoi kepada kerjasama dengan BN konon untuk perpaduan, kemudian mengangkat Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun kes beliau telah dibuktikan ke tahap prima facie.

Dalam tempoh 9 bulan ini juga kita telah menyaksikan siri-siri mensucikan PH  DAP dan Umno.

Satu kejayaan besar dalam kerjasama politik mereka. 

Rakyat perlu tahu bahawa keputusan menarik balik pendakwaan ini adalah keputusan pihak pendakwa raya, bukan keputusan mahkamah.

Apabila pendakwa raya gugurkan pendakwaan, maka mahkamah tiada pilihan selain melepaskan. Saya yakin bukan ini negara yang kita idamkan.

Jika ahli politik boleh berbuat sesuka hati, di mana letaknya keadilan dan integriti? Cukuplah spin

Jika PH-BN yakin Zahid tidak bersalah, maka buktikan di mahkamah. Itu yang rakyat dan PN tuntut.

Sekian. 

YB DATUK USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Bagan Serai – HARAKAHDAILY 21/9/2023

Advertisement