SUPOL tekan Menteri: Bila kaduk naik junjung

- Advertisement -

NAK tanya. Sejak bila Setiausaha Politik (SUPOL) boleh beri tekanan kepada Menteri? Boleh gesa buat itu buat ini? 

Biasanya SUPOL atau SETPOL menerima arahan dari Menteri, bukannya memberi arahan atau tekanan kepada Menteri. 

Setakat ini, hanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Menteri sahaja yang ada pegawai bertaraf SUPOL. 

SUPOL berfungsi melaksanakan apa-apa tugasan yang diberi oleh bossnya dalam hal ehwal politik. Sama ada politik dalaman partinya, hubungan politik luar parti, imej politik umum, dan apa-apa tugasan khusus yang diarahkan oleh bossnya

Kedudukan SUPOL lebih rendah dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri. 

Belum pernah lagi dengar orang yang jawatan lebih rendah kedudukannya boleh beri gesaan, tekanan atau arahan kepada orang yang lebih tinggi darinya. 

Ini semua luar tabie’!

YB USTAZ AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDIN
Ahli Parlimen Alor Setar – HARAKAHDAILY 21/9/2023

- Advertisement -
- Advertisement -