Manusia ‘buka pintu neraka’

Kebakaran di Algeria pada 25 Julai 2023 telah meragut banyak nyawa. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

NEW YORK: Krisis iklim di planet bumi yang dihuni manusia angkara aktiviti kemanusiaan itu sendiri telah menyebabkan ‘pintu neraka kini sudah terbuka’ dan mengancam keselamatan dunia.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres  berkata demikian pada hari Rabu (20 Sept) kepada pemimpin-pemimpin dunia dalam sidang kemuncak, Climate Ambition Summit, yang menyaksikan dua negara pencemar iklim dunia paling utama, Amerika Syarikat dan China tidak menghantar wakil masing-masing.

Sidang rundingan itu sebahagiannya dibayangi oleh pengumuman dari Britain, yang  juga tidak hadir, bahawa ia telah membatalkan dasar yang akan membantunya mencapai matlamat bersih pencemaran alam sifarnya.

- Advertisement -

Guterres  berkata, walaupun kejadian cuaca ekstrem yang semakin meningkat dan suhu global yang memecahkan rekod, pelepasan gas rumah hijau terus meningkat dan bahan api fosil kekal disubsidi sehingga mencecah AS$7 trilion setiap tahun, namun ia seolah tidak diendahkan khususnya oleh pemimpin-pemimpin utama dunia.

Kebakaran dahsyat yang menyebabkan Maui, di Hawai hangus dan meragut 110 nyawa pada 8 Ogos 2023. (FOTO: Reuters)

Sehubungan itu, beliau menganggap sidang kemuncak itu sebagai forum yang ‘tidak masuk akal’, menjelaskan bahawa hanya pemimpin yang telah membuat rancangan konkrit untuk mencapai pelepasan rumah hijau bersih-sifar akan dijemput.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau membangkitkan keadaan cuaca ‘panas yang dahsyat’ dan ‘kebakaran bersejarah’ 2023, tetapi menegaskan: “Kami masih boleh mengehadkan kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah,’ merujuk kepada sasaran yang dilihat perlu untuk mengelakkan malapetaka iklim jangka panjang.”

“Kemanusiaan telah membuka pintu neraka,” tegas Guterres memberi amaran. – HARAKAHDAILY 21/9/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!