LONDON: Generasi Z (Gen Z) tidak boleh kerjasama dengan orang lain yang berbeza pandangan, selain tidak mempunyai kemahiran untuk berdebat.
Ketua Eksekutif Channel 4, Alec Mahon berkata demikian merujuk kepada ketegori golongan muda yang berusia antara 9 hingga 24 tahun, iaitu individu yang lahir antara pertengahan hingga akhir 1990-an dan awal 2010-an, sambil menyebut wabak Covid-19 sebagai punca utama yang telah mewujudkan golongan tersebut sebagai suatu cabaran di tempat kerja.
Mahon, 49, yang menggantikan David Abraham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif wanita pertama saluran itu sejak 2017 itu menegaskan masa yang dihabiskan oleh anak-anak muda yang ‘keluar dari kolej’ (graduan) dalam tempoh wabak berkenaan, bermakna mereka tidak banyak terdedah kepada ‘orang yang berbeza pendapat’ dengan mereka, lapor Dailymail.co.uk.
Mahon yang membuat kenyataan umum dalam Konvensyen Royal Television Society Cambridge pada Rabu (20 Sept) menambah: “Apa yang kita lihat dengan golongan muda (Gen Z) yang datang ke tempat kerja terutamanya, graduan lulusan kolej selepas wabak Covid-19 berakhir dengan penumpuan bagi menghasilkan kandungan bentuk pendek ini (video pendek mengenai perkhidmatan seperti Tik Tok dan YouTube) adalah mereka tidak mempunyai kemahiran untuk berdebat tentang banyak perkara.
“Mereka tidak mempunyai kemahiran untuk berbincang, untuk tidak bersetuju dan komited kerana mereka tidak didedahkan, terutamanya untuk keluar dari kolej bagi mengadakan perdebatan seperti itu, untuk sampai ke tahap di mana ‘ada orang yang berbeza pendapat dengan anda tetapi anda gembira untuk bekerja bersama-sama orang itu’.
“Itu adalah perubahan langkah yang sangat berbahaya pada pandangan saya yang kami lihat sekarang ini.”
Terdahulu, Channel 4 pada tahun lepas telah menjalankan penyelidikan yang menunjukkan anak-anak muda ini kurang bertolak ansur dengan pandangan orang lain berbanding generasi ibu bapa atau datuk nenek mereka.
Kajian itu mendapati bahawa golongan muda oleh dalam kategori Gen Z boleh dikatakan ‘kurang liberal’ berbanding orang tua mereka.
Penyelidikan itu menamakan fenomena ini sebagai ‘kebangkitan Golongan Muda Iliberal Progresif’ atau ‘Yips’.
Ketika berucap dalam konvensyen tersebut, Mahon mendedahkan penyelidikan baharu Channel 4 menunjukkan fenomena itu dikaitkan penggunaan media sosial bentuk dihasilkan secara meluas oleh Gen Z dengan perasaan kurang kawalan dalam diri mereka.
“Apabila algoritma (pengguna media sosial) bertanggungjawab mempengaruhi mereka, Gen Z berasa tidak terkawal secara emosi; serangan dopamin semulajadi mereka serta-merta pudar dengan cepat dan (dalaman diri) mereka dibiarkan berasa kosong.’
“Ia menyebabkan mereka berasa bahawa kehidupan mereka telah ‘diceroboh’ susulan menonton lebih lima jam setiap hari video pendek seperti TikTok dan YouTube,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/9/2023