Sensasi penjaga gol selamatkan maruah Lazio

Ivan Provedel dijulang rakan-rakan pasukannya, Lazio usai perlawanan menentang Atletico Madrid di Rom, Itali pada 19 Sept 2023. (FOTO: Eurosport)
- Advertisement -

ROM: Penjaga gol Lazio, Ivan Provedel mencetuskan sensasi buat penyokong bola sepak apabila tandukannya pada minit-minit akhir perlawanan berjaya mencuri satu mata penting buat pasukan tuan rumah.

Perlawanan itu menyaksikan keputusan berakhir seri 1-1 dalam aksi bertemu Atletico Madrid bagi kejohanan Liga Juara-Juara Dunia bagi group E, pada Selasa (19 Sept), waktu tempatan.

- Advertisement -

Ketika memasuki 5 minit waktu tambahan sebelum wisel penamat, Provedel dilihat keluar dari kawasan golnya ke kotak penalti lawan apabila Lazio dihadiahkan sepakan sudut, sebelum menanduk masuk bola yang dikatakan sentuhan terakhir untuk perlawanan tersebut hasil hantaran Luis Alberto, lapor Reuters.

Keputusan seri perlawanan di antara Lazio dan Atletico Madrid tersebut telah melonjak Feyenoord naik ke tangga pertama bagi kumpulan E setelah berjaya menewaskan Celtic pada waktu yang sama.

Jaringan bersejarah Provedel tersebut menyaksikan ianya buat pertama kali bagi seorang penjaga gol mencetak nama selaku penjaring pada aksi Liga Juara-Juara selepas 13 tahun yang mana Vincent Enyeama melakukannya dalam aksi menewaskan Hapoel Sebelum ini.

“Ini malam yang saya akan ingat seumur hidup saya. Saya sangat gembira terutama apabila kami berjaya untuk menyamakan kedudukan di dalam perlawanan yang kami tidak sepatutnya kalah. 

Saya masih tidak percaya (saya jaringkan gol), mungkin nanti saya akan sedar saya telah menjaringkan gol di Liga Juara-Juara.”

“Kadang-kadang bola sepak adalah tentang suasana dan bukannya prestasi. Saya minta maaf kerana kita terpaksa menunggu hingga ke akhir perlawanan untuk menyamakan kedudukan. Saya berharap satu mata yang diperoleh memberikan momentum buat pasukan sebagai motivasi dan semangat,” tutur Provedel.

Sementara itu, Atletico Madrid terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi jaringan pemain tengah mereka, Pablo Barrios pada minit ke-29 yang mana rebatan kencang dari jarak jauhnya tempias terkena pertahanan, Daichi Kamada menyebabkan Provedel tersilap jangka dan bola masuk dengan mudah ke gawang.

Lazio terlihat garang pada awal permainan apabila Mattia Zaccagni menguji kecekapan penjaga gol Atletico, Jan Oblak menerusi sepakan percuma yang melepasi benteng pertahanan; namun sepakan tersebut ditempis keluar untuk sepakan sudut.

Sejurus separuh masa kedua berlangsung, pasukan dari Rom itu hampir berjaya menyamakan kedudukan menerusi peluang keemasan namun gagal selepas Ciro Immobile yang hanya perlu menewaskan penjaga gol sekadar merambat tepat ke arah Oblak.

Sementara itu, Atletico turut berpeluang menggandakan jaringan menerusi rembatan Alvaro Morata yang terkena tiang, sementara ketangkasan penjaga gol Lazio, Provedel yang banyak menyelamatkan bola ke gawang dari jarak dekat juga banyak menafikan peluang Atletico.

Ketika waktu tambahan,  Oblak meneruskan aksi bertenaga apabila menepis rembatan jarak jauh Danilo Cataldi ke arah tiang gol.

Sementera itu, pengendali Ateltico, Diego Simeone berkata, beliau  berpuas hati dengan keputusan seri tersebut.

“Kami telah bermain dengan baik di separuh masa yang kedua, kami mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Kami bertahan dengan tersusun dan mereka memberikan segalanya. Saya berpuas hati dengan aksi pasukan meskipun kami bolos pada minit akhir perlawanan,” katanya.

Pemain Argentina berusia 53 tahun yang bermain untuk Lazio ketika kali terakhir mereka menjulang kejuaraan Itali pada tahun 2000 itu kembali ke Olimpico dengan penuh rasa terharu apabila terdapat sepanduk menyambutnya dengan mesej: “Lazio dan Rom akan sentiasa menjadi rumah anda. Selamat Pulang!”

“Sokongan penyokong amat menakjubkan, saya sangat terharu bukan sahaja ketika pada awal permainan tetapi juga ketika saya masuk ke dalam stadium ini.”

“Rasa sayang di hati saya (terhadap Lazio) tak akan pernah pudar, sepanduk itu sangat cantik, ia menyentuh hati saya,” kongsinya.

Lazio bakal terbang ke Glasgow 4 Oktober ini bagi pusingan seterusnya bertemu Celtic sementara Atletico bakal bertemu Feyenoord di laman sendiri. – HARAKAHDAILY 20/9/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!