RM1 bilion beli pemain baharu: City dilanda masalah

Manchester City mendapatkan Matheus Nunes daripada Wolves dengan harga £53 juta (RM308 juta). (FOTO: Sky Sports)

LONDON: Selepas membelanjakan lebih daripada £200 juta (RM1.2 bilion) untuk membeli pemainbaharu pada musim panas, termasuk Matheus Nunes, Manchester City  kini dilanda masalah dengan senarai kecederaan yang semakin meningkat.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata, pasukannya kini berada ‘dalam masalah’ dengan senarai kecederaan dialami pemainnya yang semakin meningkat, yang mampu menjadi ancaman dalam mengganggu permulaan sempurna kelab itu untuk musim ini.

Advertisement

City ketika ini hanya mempunyai enam pemain luar di bangku simpanan untuk kemenangan 3-1 Liga Juara-Juara ke atas Red Star Belgrade, lapor BBC.

“Kemenangan ketujuh berturut-turut Manchester City dalam  semua pertandingan datang dengan kos apabila pemain tengah, Bernardo Silva menjadi pemain terbaharu yang mengalami kecederaan yang akan menghalang kelancaran City  untuk ‘beberapa minggu akan datang’ ini,” kata Guardiola

Pemain antarabangsa Portugal itu menyertai Kevin de Bruyne, Jack Grealish, Mateo Kovacic dan John Stones yang cedera dan terpaksa berada di tepi padang perlawanan.

Ia  berlaku selepas musim panas, yang menyaksikan  City menjual Riyad Mahrez, Cole Palmer dan Aymeric Laporte; kapten Ilkay Gundogan menyertai Barcelona pada akhir kontraknya; dan Joao Cancelo, serta pemain muda Tommy Doyle dan James McAtee pula ditinggalkan secara pinjaman.

Pep Guardiola (kanan) akui John Stones akan mengambil masa yang lama untuk pulih daripada kecederaan yang dialaminya. (FOTO: Football365)

Pemerhati sukan melihat bahawa memandangkan kekayaan yang beliau telah curahkan untuk skuadnya, justeru hanya sedikit yang akan bersimpati dengan Guardiola.

Bagaimanapun, datang dalam tempoh di mana City mempunyai tiga lagi baki perlawanan Liga Perdana, termasuk lawatan ke Arsenal pada 8 Oktober ini, perlawanan Piala Carabao di Newcastle dan satu lagi perlawanan Liga Juara-Juara di RB Leipzig,Guardiola berkata: “Kami (Manchester City) berada dalam kesusahan.”

“Kami menghadapi masalah tetapi saya tidak akan berkata ‘oh, kami mempunyai banyak kecederaan’. (Biarpun) Itulah keadaan (sebenar)nya,” luahnya.

“Dengan barisan pemain yang ada, kami akan melakukannya. Selagi kami mempunyai kekuatan mentaliti itu, itu bagus.

“Kami mempunyai lima pemain penting yang cedera dan untuk mengekalkannya untuk masa yang lama adalah sukar,” akui beliau.

Bernardo Silva merupakan pemain terbaharu Manchester City yang terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan. (FOTO: Footbal Espana)

Daripada lebih daripada £200 juta berhabisan untuk kos membeli pemain baharu pada musim panas lalu, £53 juta daripadanya dibelanjakan bagi mendapatkan Nunes daripada Wolves. 

“Kami tidak boleh mempunyai 55 pemain, dengan gaji dan bajet yang dihabiskan untuk bayaran perpindahan pemain. Ia akan menghuru-harakan Manchester City. Kami akan muflis.

“Malangnya ia adalah masa yang lama untuk Kevin (de Bruyne). John (Stones) belum boleh turun padang, ia(mengambil masa) agak lama (untuk dia pulih).

“Mungkin Kova (Mateo Kovacic) akan kembali. Jack (Grealish) mungkin kembali dalam seminggu atau 10 hari, tetapi selepas dia  betul-betul dipastikan sudah kembali pulih,” katanya.  – HARAKAHDAILY 20/9/2023