JIKA engkau rasa bahagia, engkau akan bertambah bahagia bila engkau segera mengenali dan mensyukuri tuhan yang memberikanmu nikmat kebahagiaan itu.
Jika engkau rasa sedih, engkau akan bertambah sedih bila engkau gagal mengenali dan berserah pada tuhan yang mengujimu dengan musibah kesedihan itu.
Nikmat dan musibah adalah laluan-laluan kehidupan agar engkau menemui dan mengenali Allah dan kekuasaan-Nya ke atas dirimu. Setiap saat, engkau hanyalah bahan singgahan takdir-Nya yang tidak akan putus dan tersasar.
Hakikat kebahagiaan ialah apa yang abadi. Hakikat kecelakaan ialah apa yang abadi jua. Yang kekal abadi itu adalah pada menemui, mengenali dan mensyukuri Allah. Justeru janganlah engkau leka, sibuk dan melampau pada apa yang sementara sifatnya.
Allah mahu engkau mengenali-Nya. Jangan terhalang pandanganmu oleh duniamu sendiri. Lihatlah Allah di alam kehidupan ini.
YB SENATOR NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 20/9/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!