PELAN KEDAH2035. Antaranya untuk membangun Kedah menjadi negeri berpendapatan tinggi.
Melalui Teras 1 Kemakmuran Ekonomi, 1 daripada 4 strategi yang dirancang adalah untuk menarik masuk pelaburan dalam industri teknologi tinggi dan ekonomi digital.
Sasarannya, RM10 bilion pelaburan masuk setahun.
Kedah hari ini menjadi negeri ketiga menerima pelaburan tertinggi diluluskan selepas Kuala Lumpur dan Selangor menurut data MIDA.
Negeri bertuah ini menjadi antara penyumbang terbesar kepada RM132.6 bilion pelaburan masuk ke Malaysia.
Tahun ini juga ialah tahun ketiga berturut-turut Kedah berjaya mencapai sasaran pelaburan RM10 bilion setahun.
Nilai pelaburan pada 2021 : RM66.2 bilion. Negeri kedua tertinggi.
Nilai pelaburan pada 2022 : RM12 bilion. Negeri keempat tertinggi.
Negeri tempat orang miskin berteduh, orang kaya menabur bakti ini sedang berusaha membangun untuk rakyatnya.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Pemimpin berjiwa rakyat, rakyat akan percaya dan setia berkhidmat bersama-sama membangun negeri tercinta.
Tahniah Kedah. The Greater Kedah by 2035!
USTAZ NASRUN OTHMAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
19 September 2023 – HARAKAHDAILY 19/9/2023