Kanada syak India terlibat dalam kematian pemimpin Sikh

Papan tanda di luar kuil Guru Nanak Sikh Gurdwara di Surrey, British Columbia, Kanada pada 18 Sept 2023. (FOTO: REUTERS))

OTTAWA: Kerajaan mempunyai maklumat boleh dipercayai yang mengaitkan ejen kerajaan India dengan pembunuhan seorang pemimpin pemisah Sikh, Hardeep Singh Nijjar di British Columbia pada Jun lalu dan berkata ia telah mengusir seorang pegawai kanan perisikan India.

Pengumuman pada Isnin (18 Sept) waktu tempatan, itu menandakan hubungan dua hala yang semakin teruk antara kedua-dua buah negara, ketika India sebelum tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa Kanada yang didakwanya tidak bertindak keras terhadap penunjuk perasaan Sikh yang mahukan tanah air mereka sendiri.

Advertisement

Perdana Menteri  Kanada, Justin Trudeau berkata, sebarang penglibatan kerajaan asing dalam pembunuhan warga Kanada adalah ‘satu pencabulan kedaulatan Kanada  yang tidak boleh diterima’, lapor Reuters.

“Agensi keselamatan Kanada sedang giat meneruskan siasatan atas dakwaan yang boleh dipercayai mengenai potensi hubungan antara ejen kerajaan India dengan  kematian Nijjar,” kata Trudeau dalam satu kenyataan tergempar kepada Dewan Rakyat Kanada.

“Kanada telah mengisytiharkan kebimbangan mendalamnya kepada pegawai perisikan dan keselamatan tertinggi kerajaan India. Minggu lalu di G20 saya membawa mereka secara peribadi dan terus kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi tanpa sebarang keraguan,” tambahnya.

Nijjar yang merupakan warga Kanada, ditembak mati di luar kuil Sikh di Surrey, British Columbia, pada 18 Jun 2023.

Terdahulu, menurut laporan akhbar The Tribune India, Nijjar menyokong pembentukan  tanah air Sikh dalam bentuk negara Khalistani yang merdeka, yang menyebabkan beliau telah dilabelkan oleh India sebagai ‘pengganas’ pada Julai 2020.

Sementara itu, suruhanjaya tinggi India (kedutaan) di Ottawa tidak menjawab permintaan media  untuk memberikan komen tentang kenyataan Trudeau itu.

Pada minggu lalu, New Delhi berkata  bahawa Modi telah menyampaikan kebimbangan mengenai protes kaum Sikh di Kanada terhadap India kepada Trudeau.

Kanada mempunyai populasi Sikh tertinggi di luar negeri asal mereka Punjab di India, dan negara itu telah menjadi tapak banyak demonstrasi  yang telah dibawa untuk dicetuskan di India.

Kanada adalah rumah kepada salah satu komuniti luar negara terbesar yang berasal dari India, yang berjumlah kira-kira 1.4 juta daripada keseluruhan penduduk Kanada dengan populasi sebanyak 40 juta; yang mana kira-kira 770,000 orang melaporkan Sikhisme sebagai agama mereka dalam Banci 2021 Kanada.

Kedua-dua negara, yang pada awal tahun ini berkata mereka bersetuju dengan garis besar perjanjian perdagangan menjelang akhir 2023, namun kini telah membekukan perbincangan mengenai perjanjian itu. 

Kanada memberikan sedikit butiran manakala India memetik hal itu sebagai suatu ‘perkembangan politik yang membimbangkan’.

Menurut Statistik Kanada, perdagangan dua hala dengan India pada 2022 hanya berjumlah C$13.7 bilion (RM47.7 bilion) daripada jumlah keseluruhan C$1.52 trilion (RM5.29 trilion).

Trudeau tidak secara  langsung menuduh India terlibat; dan Menteri Luar Kanada, Melanie Joly kemudiannya menggunakan bahasa yang lebih berhati-hati, berkata ‘jika terbukti benar’ tuduhan terhadap India  itu, ia sesuatu yang  tidak boleh diterima.

Joly memberitahu pemberita bahawa Ottawa telah memecat ketua perisikan India di Kanada tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

“Dalam istilah yang paling kukuh, saya terus menggesa kerajaan India untuk bekerjasama dengan Kanada untuk menyelesaikan perkara ini,” kata Trudeau.

Menteri Keselamatan Awam Kanada, Dominic LeBlanc berkata beberapa pegawai kanan kerajaan negara itu telah melawat India baru-baru ini untuk menyatakan kebimbangan Ottawa.

Pada bulan April tahun ini, India juga telah meminta Britain meningkatkan pemantauan terhadap penyokong gerakan pemisah Sikh yang berpangkalan di United Kingdom. 

New Delhi kecewa selepas penunjuk perasaan yang membawa sepanduk tertera perkataan ‘Khalistan’ dan  menanggalkan bendera India dari bangunan misi diplomatiknya di London. – HARAKAHDAILY 19/9/2023