MERAFAK sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 17 September 2023.
Patik mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan keberkatan, serta hidayah dan afiah kepada Tuanku untuk terus menaungi negeri Pahang Darul Makmur.
Dirgahayu Tuanku
Sembah takzim daripada:
YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
ADN Cheka – HARAKAHDAILY 17/9/2023