MANCHESTER: Pemain bek kiri Manchester City, Kyle Walker akan kekal untuk dua musim lagi selepas menandatangani lanjutan kontrak yang diumum kelab itu, pada Khamis (14 Jun) semalam.
Walker, 33, sepatutnya tamat kontrak pada akhir musim ini mendapat ura-ura bahawa beliau bakal berhijrah ke Bayern Munich, lapor Reuters.
Pemain England yang bersama City sejak 2017 itu berjaya menjulang trofi Liga Perdana Inggeris lima kali, dua piala Liga Inggeris (FA Cup) dengan jumlah 260 penampilan selain mencipta rekod baharu menjuarai Liga Juara-juara, tahun lalu.
Terdahulu, pada musim lepas, pengurus pasukan, Pep Guardiola berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selain mengenepikan Walker dan meletakkan John Stones di posisi tersebut kerana tidak sesuai dengan sistemnya yang menggunakan ‘Inverted full back’, sejenis taktik sistem pertahanan sayap yang dinamik.
Justeru, susulan pelanjutan kontrak dengan City, Walker telah melahirkan rasa bersyukur kerana ia perkara paling bermakna buat dirinya.
Masa hadapan saya adalah bersama Manchester City. Ketika kami memenangi kejuaraan trebel adalah musim yang paling tidak boleh dilupakan dan saya bersedia untuk mengulanginya dan menjulang lebih banyak piala.
“Saya tidak sabar untuk mengharungi pengalaman mendatang bersama City,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/9/2023