Kehakiman Islam tidak ada konsep DNAA

KUALA LUMPUR: Isu rasuah mestilah diselesaikan secara holistik, adil dan bukannya wujud unsur kezaliman.|

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Islam meletakkan yang dituduh mesti dibicarakan sehingga selesai.

Advertisement

“Ada kisah menarik iaitu pengurusan projek yang tidak betul pernah berlaku dalam sejarah Islam iaitu zaman Rasulullah berlaku dan Khulafa al-Rasyidin juga berlaku.

“Saya nak sebut pasal Sultan Muhammad Al-Fateh yang mengarahkan seorang arkitek bukan Islam (Kristian ortodoks) supaya mengurus pembinaan masjid di Istanbul mengikut pelan yang dikehendaki oleh baginda.

“Tiba-tiba dia lakar dengan cara tidak betul pembinaannya salah, sultan sangat murka lalu sultan menghukum potong tangan, hukum yang zalim dan salah.

“Maka dia (arkitek) mengadu kepada hakim yang terkenal di Istanbul, dia buat pengakuan. Ini menandakan bahawa berlaku pembahagian kuasa dalam sistem pemerintahan Islam. Ini berlaku dalam Islam, mendahului Barat.

“Di mana, bila dilihat kepada dua perkara ini, hakim memanggil sultan dibicarakan di mahkamah, dibicarakan mengikut hukum qisas kerana perbuatan zalim,” katanya ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, kelmarin.

Mengulas lanjut. beliau yang juga Presiden PAS berkata, hukum qisas mesti dipotong tangan baginda kerana itu hak hukuman, manakala hak pengampunan diberi kepada mangsa bukan para raja, lembaga pengampun.

“Hak pengampunan qisas diberi kepada yang dizalimi itu sama ada diam pun cukup berbayar diat (pampasan) lalu dia menerima hukuman pampasan dibayar secara hidup sehingga dia meninggal dunia itu lebih baik daripada potong tangan sultan.

“Ini berlaku menunjukkan tidak ada keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) dalam kehakiman. Dalam Islam tidak ada DNAA, tidak ada dilepaskan tanpa dibebaskan. Masih digunakan hukuman,” katanya.

Beliau berkata, perkara yang disebutkan itu sering kali mendapat perhatian pihak yang tidak bersetuju dengan pandangannya.

“Bila saya sebut perkara ini berkaitan lembaga pengampunan lalu ada pihak buat report polis, acap kali ada pihak buat repot polis, saya terpaksa berjumpa polis. Berapa puluh kali saya tidak ingat..” katanya. – HARAKAHDAILY 15/9/2023