
ALGAVRE: Pasukan bolasepak Portugal mencatat sejarah baharu apabila berjaya mencipta rekod jaringan terbesar yang menyaksikan pasukan itu ‘meratah’ Luxemburg 9-0, sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah di pusingan kelakyakan Euro di Estadio Algarve, Portugal, awal pagi (11 Sept) tadi, waktu tempatan.
Pemain gantian, Jaoao Felix melengkapkan kemenagnagn bersejarah itu dengan jaringan dua minit selepas Goncalo Inacio, Goncalo Ramos, dan Diogo Jota masing-masing menjaringkan dua gol, lapor Reuters.
Sementara pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes dan Ricardo Horta masing-masing dengan tiga hantaran gol turut mencetak nama selaku penjaring.
Terdahulu, rekod jaringan terbesar pasukan kebangsaan portugal dalam satu perlawanan adalah dengan jaringan 8-0, yang mana pasukan dari Eropah itu berjaya merekodkan tiga perlawanan dengan jaringan tersebut menerusi dua kemenangan keatas Liechtenstein pada 1994 dan 1999, serta satu kemenangan keatas Kuwait pada 2003.
Terdahulu, Portugal berjaya memenangi kesemua perlawanan di dalam kumpulan J setakat ini di bawah pengendali baharu, Roberto Martinez yang mula mengambil alih pada Januari lepas.
Portugal yang selesa berada di tangga pertama menjarakkan diri 5 mata dihadapan Slovakia dengan jaringan bersih keseluruhan 24 gol tanpa bolos.
Keputusan ini turut menyaksikan kekalahan paling teruk dalam sejarah pasukan Luxembourg yang setakat ini mengumpul 10 mata di tangga ketiga kumpulan, 3 mata di belakang Slovakia. – HARAKAHDAILY 12/9/2023