SEMASA berkempen, menjadi kebiasaan kita akan bertanya peluang yang kita ada untuk menang kerusi di sesebuah DUN atau Parlimen. Diakui Pulai, hampir pasti akan kekal di tangan PH tetapi majoriti akan berkurangan dengan banyak. Manakala ada sedikit harapan di Simpang Jeram (SJ) untuk merampas kerusi PH.
Malangnya corak pengundian hampir sama dengan waktu Johor mengadakan PRU15 lalu, iaitu undi kaum Cina menjadi deposit tetap PH. Walaupun peratusan mengundi berkurangan, namun PN berjaya menaikkan jumlah undi di SJ sebanyak 4,000 dan di Pulai 9,000. Manakala PH telah jatuh majoriti hampir 50 peratus dan kehilangan undi sebanyak 16,000 berbanding 2022.
Ternyata undi Cina tidak mengira sama ada kumpulan mereka bersekongkol dengan perasuah atau tidak, mereka akan patuh arahan untuk mengundi calon PH. Untuk memujuk kaum cina, ia kelihatan amat sukar. Memang semenjak dari dahulu lagi, corak pengundian mereka ditentukan oleh ketua mereka. Jika dahulu, mereka sering memberikan kemenangan kepada pembangkang di Parlimen dan undi DUN pula diberikan kepada Kerajaan Negeri.
Mereka tidak pernah bosan atau melarikan diri dari tanggungjawab mengundi. Berbeza dengan Melayu Islam, ramai yang tidak kisah dengan tugasan penting mereka sebagai rakyat Malaysia. Ramai yang meluahkan kebosanan mereka dalam hal yang melibatkan politik. Jahat, kotor, kroni dan semua perkara negatif yang hanya mereka nampak dalam politik.
Ini kerana BN yang menjadi guru politik kotor itu kepada rakyat. Jika mahu bantuan, mesti menyembah YB. Jika bukan sesiapa, payah menerima bantuan. Diugut, disekat pertolongan adalah resam yang biasa diamalkan oleh BN dahulu. Inilah yang disematkan dalam minda rakyat selama ini. Akhirnya rakyat menjadi benci kepada ahli politik. Bagi mereka semuanya sama sahaja.
Sekarang ini pula, PH berpakat dengan BN. Lalu mereka dengan lebih giat melakukan hal yang sama walaupun PH kononnya memperjuangkan keadilan, sama rata dan akan memerintah negara dengan penuh integriti. Sayangnya, cakap tidak perlu dibayar, jadi mereka tidak peduli lagi dengan integriti, tiada rasa malu. Dan rakyat terus terkeliru setelah dibohongi berkali-kali.
Sejujurnya rakyat mahu menjadikan Malaysia lebih baik, tetapi harapan mereka putus. Mereka dihijab daripada mengetahui akan rekod kehebatan PAS memerintah di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Jadi, rakyat yang tidak mahu mengambil tahu atau terlibat dengan politik, hanyalah menguntungkan PH dan mereka akan meneruskan rancangan mereka dengan bantuan BN.
Rakyat Malaysia perlu sedar dan turut serta dalam politik ini bagi mempertahankan negara tercinta ini. Bukalah mata bahawa masih ada lagi parti politik yang berjuang dan mentadbir mengikut ajaran Islam. PAS di Kelantan, Terengganu dan Kelantan sudah berjaya memerintah tanpa rasuah. PAS membebaskan pentadbiran dari rasuah. Bukan seperti yang satu lagi, membebaskan orang yang terlibat dengan kes rasuah.
MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 11/9/2023
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.