Temui seramai mungkin pengundi, elak provokasi

Dr Rosni bersama Dr Rosilawati menyantuni pembeli di sebuah pasar raya di Simpang Jeram.
- Advertisement -

MUAR: Berbaki tidak sampai 24 jam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram, jentera kempen Muslimat diingatkan supaya mengelakkan daripada sebarang tindakan provokasi kepada penyokong Umno-BN.

- Advertisement -

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam berkata, orang Johor tidak suka kepada provokasi kerana mereka bangsa yang lembut.

“Kita kena lebih banyak menerang dengan baik. Cuba pujuk seramai mungkin yang boleh kita temui supaya mereka dapat memberi undi kepada PERIKATAN NASIONAL,” katanya ketika ditemui pada program walkabout di sebuah pasar raya di Simpang Jeram, petang semalam yang turut disertai isteri calon PN PRK DUN Simpang Jeram, Dr Rosilawati Mohd Noor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, ahli Umno perlu menyokong PERIKATAN NASIONAL sebagai tanda protes terhadap kepimpinan parti yang ada sekarang dan kerajaan pusat.

Katanya, walaupun Simpang Jeram hanya peringkat DUN tetapi keputusan pilihan raya kecil ini sangat penting.

Berbaki sehari lagi tempoh berkempen sehingga 12 tengah malam nanti, beliau berharap jentera kempen muslimat dapat melakukan pecutan terakhir untuk memberi penerangan kepada pengundi berhubung isu rasuah yang berligar dalam kepimpinan Umno-PH yang ada sekarang.

“Saya mengharapkan pengundi khususnya golongan wanita keluar beramai-ramai mengundi calon PERIKATAN NASIONAL pada 9 September, esok,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/9/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -