Aset pengubahan wang haram dirampas di Switzerland

Lakaran wajah 10 suspek yang dipercayai terbabit dalam pengubahan wang haram di Singapura.
- Advertisement -

SINGAPURA: Polis Singapura yang menyiasat operasi pengubahan wang haram merampas S$125 juta (AS$91.79 juta) dari akaun bank seorang daripada 10 suspek warga asing yang terbabit dalam jenayah itu.

Kira-kira S$92 juta dan S$33 juta dirampas daripada akaun bank milik warga Turkiye, Vang Shuiming, masing-masing di Credit Suisse Singapore dan Bank Julius Baer, ​​menurut afidavit polis yang dibentangkan di Mahkamah Tinggi pada Selasa lalu.

- Advertisement -

Jumlah nilai aset yang dirampas oleh pihak berkuasa kini berjumlah S$1.8 bilion, menurut pendakwa raya. Kira-kira S$1 bilion dirampas dalam serbuan serentak minggu lalu.

Penyiasat masih menunggu maklumat dari lima lagi institusi kewangan yang tidak dinamakan, kata afidavit itu.

Credit Suisse enggan mengulas. Bank Julius Baer juga tidak menjawab permintaan untuk komen.

Aset yang dirampas termasuk jongkong emas, beg tangan berjenama, barang kemas, hartanah dan kereta mewah.

Skala operasi pengubahan wang haram mengejutkan hab kewangan Asia yang kaya itu dan menimbulkan kebimbangan sama ada terdapat kelemahan dalam sistem kewangannya.

Mahkamah negeri menafikan jaminan terhadap dua daripada tertuduh warga asing, Wang Baosen dan Su Baolin, semalam. Suspek lain sepatutnya hadir ke mahkamah melalui pautan video, tetapi masih ditahan reman kerana peguam memerlukan lebih banyak masa untuk bercakap dengan mereka. – REUTERS

- Advertisement -