4 tawaran menarik PN untuk DUN Simpang Jeram

Dr Mazri Yahya
- Advertisement -

MUAR: Pelbagai tawaran istimewa untuk warga Simpang Jeram yang teristimewa, kata calon PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, Dr Mazri Yahya.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau meminta para pengundi di DUN Simpang Jeram supaya melaksanakan tanggungjawab 9 September ini dengan mengundi beliau iaitu calon No.1 pada kertas undi.

Berikut ialah Tawaran Simpang Jeram Sejahtera dan Berpendidikan.

Visi
Simpang Jeram Sejahtera Dan Berpendidikan

Misi
Membangun masyarakat majmuk Simpang Jeram yang sejahtera dan berpendidikan

Tawaran Simpang Jeram Sejahtera Dan Berpendidikan

Dialog awam berkala

1. Menganjurkan sesi di antara penduduk terjejas banjir kilat dengan pihak berwajib sehingga kekerapan banjir dapat dihentikan.

2. Mewujudkan sesi dengan Syarikat Air Johor dan merangka Tindakan pemantauan yang telus berkaitan jadual penukaran perpaipan uzur/gantian.

Prihatin masyarakat majmuk

1. Mengusahakan Pusat Bantuan dan Pengupayaan OKU dengan kerjasama agensi Persekutuan.

2. Program Jejak Bakat Orang Muda Simpang Jeram dalam segenap disiplin termasuk sukan, TVET dan keusahawanan.

Pelan penubuhan kompleks sukan

1. Mengadakan libat urus dengan kesemua Persatuan Belia dan kelompok penggiat sukan berkaitan keperluan sukan dan rekreasi.

2. Menghasilkan Pelan Tindakan Simpang Jeram Cergas lokaliti.

Pelan penempatan rumah mampu milik

1. Melaksana libat urus dengan pihak berwajib berkaitan pelan penempatan perumahan rumah mampu milik.

2. Menggalakkan pelaburan dari pemaju perumahan yang menampilkan kaedah pembinaan inovatif bagi menghasilkan rumah dalam kadar yang cepat pada nilai mampu milik. – HARAKAHDAILY 7/9/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!