UniMAP laksanakan garis panduan konsert dalam kampus

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kini mengambil langkah proaktif melaksanakan garis panduan/tatacara pelaksanaan konsert di dalam kampus.
- Advertisement -

ARAU: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil langkah proaktif melaksanakan garis panduan/tatacara pelaksanaan konsert di dalam kampus untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP, Muhammad Alif Zuhaili Shafarin berkata, pelaksanaan garis panduan itu dibincangkan secara panjang lebar oleh kepimpinan mahasiswa di dalam dewan Persidangan Mahasiswa UniMAP (PERSIMA) pada 28 Mei 2023 baru-baru ini. 

“Perkara, ini mendapat sokongan dan bimbingan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar UniMAP demi menjaga nama baik institusi pendidikan tinggi. 

- Advertisement -

“Walau bagaimanapun, draf bagi tatacara/garis panduan konsert ini masih sedang diperhalusi dan diteliti sebelum diangkat dan dikuatkuasa di dalam Kampus UniMAP,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)  UniMAP, Prof Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah universiti itu menyambut baik saranan Menteri Pendidikan Tinggi yang memberi ruang kepada pelajar untuk menggubal garis panduan penganjuran aktiviti hiburan.  

Hal tersebut dapat dilihat dengan penglibatan wakil MPP dalam  Bengkel Teras Kesejahteraan Pelajar dan Penstrukturan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP bagi membuat pemurnian semua Garis Panduan dibawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UniMAP yang diadakan hari ini sehingga 7 September.

“Bengkel ini bertujuan untuk menilai semula pelan strategik UniMAP 2025 bagi teras Kesejahteraan Pelajar. 

Proses penambahbaikan garis panduan dan tatacara yang melibatkan mahasiswa perlu diadakan mengikut kesesuaian semasa dalam memastikan agenda pemerkasaan mahasiswa dapat dilaksanakan dengan jayanya di UniMAP,” katanya.

Terdahulu, KPT mengeluarkan kenyataan media agar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta merangka sendiri garis panduan aktiviti hiburan (konsert) melalui penglibatan Majlis Perwakilan Pelajar agar ianya mengambil kira suara dan keperluan mahasiswa serta kesesuaian di setiap IPT dan lokaliti sebelum ia diguna pakai secara rasmi di peringkat IPT masing-masing.

Ia berikutan saranan garis panduan bagi pelaksanaan konsert di IPT di bawah KPT yang sebelum ini tular di media sosial telah disalaherti oleh beberapa pihak sebagai garis panduan yang akhir. – HARAKAHDAILY  5/9/2023

- Advertisement -