PEGUAM senior, Haniff Khatri mengulas isu perlepasan Zahid Hamidi dari 47 pertuduhan rasuah. Poinnya:
1. Keputusan dibuat dengan permohonan Pejabat Peguam Negara atas budi bicara mutlak. Mahkamah tidak ada hak untuk menghalang.
2. Keputusan dibuat ketika kes sudah di peringkat lanjut pembelaan. Tak pernah dibuat orang. Prima Facie telah dibuktikan wujud. Sepatutnya Zahid Hamidi kemukakan hujah menolak pertuduhan sahaja kalau betul tidak bersalah.
3. Boleh didakwa balik, tapi kena start dari awal semula A to Z. Amat dangkal sebab penghakiman sedang berlangsung dan Zahid hanya perlu membela diri.
4. Keputusan dibuat ketika Peguam Negara sedang bercuti menanti persaraan esok (6 September). Siapa yang bertanggungjawab beri keterangan kepada rakyat? Peguam Negara baru nanti atau sekarang?
5. Amalan ini adalah satu peristiwa yang menyedihkan dalam institusi kehakiman. Bukan kerana mahkamah, tetapi kerana campur tangan tidak bertanggungjawab Pejabat Peguam Negara.
Nota:
* Kes ini adalah satu titik hitam dalam sejarah demokrasi negara. Doktrin pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan judiciary dilacurkan demi maslahah individu.
* Umno juga kena game. Mereka pasti tak selesa dengan keputusan lepas tanpa bebas. Peguam Zahid mahukan lepas dan bebas.
* Dengan keputusan tersebut, sukar untuk Zahid berundur dari jawatan Presiden. Tambah sukar untuk beliau berpisah dari DAP. Bimbang kes dibuka semula jika PN mentadbir.
* Pandai PH main tarik tali dengan Umno. Kalau dia lepas dan bebas Zahid, Umno dah tak ada apa untuk diharapkan pada PH. Ada kemungkinan mereka tinggal PH.
* PH masih perlukan Umno. Mereka perlukan 2/3 sokongan di Parlimen untuk agenda persempadanan semula menambah kerusi bukan-Melayu.
* Sebab sokongan DAP dah sampai siling. Agenda Undi18 hari tu pun sebab nak pecahkan siling, kerah budak bukan-Melayu mengundi mereka. Itu yang mereka menang bergaya 46 dari 47 kerusi bertanding.
* Cara seterusnya, tambah kerusi marginal dengan komposisi bukan-Melayu yang tinggi. Dapatlah DAP push lagi 20-30 kerusi tambahan.
* Ini satu lagi pencabulan terhadap sistem demokrasi. Gerrymandering yang membawa minoriti menguasai majoriti.
* Kita yang majoriti buat apa? Terlalu bertolak ansur sampai tak sedar ditolak beransur-ansur.
Bangkitlah bangsaku.
ALANG IBN SHUKRIMUN
18 Safar 1445
5 September 2023 – HARAKAHDAILY 5/9/2023
Titik hitam bagi sejarah demokrasi negara
- Advertisement -