Saya produk Tadika Kemas dan saya sokong PAS

LOKMAN Adam kata Tadika Kemas akan ada silibus Bahasa Arab dan pratahfiz al-Quran untuk lawan dengan PASTI yang jadi punca Umno tewas dalam pilihan raya.

Okey aku nak share sikit, untuk pengetahuan kau orang, aku adalah produk keluaran Tadika Kemas. Nak buat macam mana, rumah depan Tadika Kemas. Pergi balik tak sampai 10 saat. Lagipun Cikgu Rosmawati yang ajar aku baik sangat walaupun dia Wanita Umno.

Tapi bukan itu aku nak cerita, yang aku nak cerita adalah sepanjang aku sekolah dekat Tadika Kemas, seingat aku tak ada sekalipun Cikgu Rosmawati sebut perkataan Umno pada kami. 

Tak ada pun kami kena nyanyi lagu “Bersatu kita bersatu, di bawah pemimpin penipu” eh silap lirik pula.

Kami belajar 3M membaca, menulis dan mengira macam orang lain belajar. Hasil belajar situ, sampailah aku berjaya genggam segulung ijazah dari universiti. 

Macam itu juga, masa aku jadi Ketua Pemuda PAS Kawasan, aku terlibat dengan pengurusan PASTI. Anak-anak aku semuanya masuk PASTI. 

Mereka belajar 3M membaca, menulis dan mengira ditambah dengan belajar membaca Iqra, Nurul Quran dan Hadis terpilih. 

Tak pernah sekali pun kami ajar pelajar PASTI pasal Perlembagaan PAS, pasal pimpinan PAS ataupun suruh nyanyi lagu rasmi PAS.

Dah macam mana ramai orang sokong PAS?

Jawapannya ada pada dasar PAS iaitu Islam. PAS komited dalam mempertahankan kesucian Islam. Sebab itu orang suka pada PAS. 

Umno pula perjuangkan nasib individu dalam Umno. Perjuangan Umno sudah lari. Matlamat Umno sudah terpesong. Semua ini sebab pemimpin utama Umno yang berkepentingan. 

Ini yang buat rakyat hilang kepercayaan kepada Umno. PAS dilihat parti politik yang menawarkan jenama politik yang menarik minat mereka.

Jadi kau ubahlah silibus Tadika Kemas macam mana pun. Kau ajar Matematik Tambahan atau subjek Sains Politik sekalipun pada budak Tadika Kemas, tak akan mengubah pandangan rakyat kepada Umno.

Dah apa solution dia? Umno kena kerat kudis sebelum jadi barah. Maaf aku sebut, kudis sekarang ini adalah Presiden kau. 

Kalau kau tak boleh kerat kudis itu, kau mereputlah dalam Umno dengan Presiden kau. Ahli bawahan Umno sudah ramai berhijrah dan bersama PAS dan PERIKATAN NASIONAL. 

Jadi hentilah ganggu mana-mana institusi pendidikan untuk kepentingan politik. Situ tempat generasi masa depan negara dibentuk. 

Leave them out of politics. 

Lokman, jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh. 

Terima kasih. 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 4/9/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/650875906/posts/pfbid0CBhnCYKaefBzGSuTmuL22RMeRDM17LzgauAf6MLGe5twWhVenrGqDqoUkVMpjytVl/?mibextid=CDWPTG 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

Advertisement