Perlis tambah baik infrastruktur lokasi pelancongan

- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan negeri memfokuskan usaha penambahbaikan dan menaik taraf infrastruktur lokasi pelancongan sedia ada bagi menyambut Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024/2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, lokasi pelancongan tersebut termasuk yang dimajukan oleh individu atau syarikat swasta

- Advertisement -

Katanya, kerajaan negeri membantu menyediakan kemudahan infrastruktur termasuk jalan dan laluan ke lokasi terbabit.

“Sekarang promosi sudah dimulakan termasuk memasang papan iklan di lebuh raya dan menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk memaparkan video pelancongan dalam Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS).

“Bahagian Perancang Ekonomi Negeri juga meminta KTMB menambah koc basikal bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke Perlis,” katanya di sini.

Perlis menyajikan percutian santai dan alam semula jadi bagi menarik pelancong berkunjung ke negeri ini.

Suasana desa, keindahan bukit bukau dikelilingi sawah menghijau menjadi antara daya tarikan pelancong sempena TMP 2024/2025.

Menurutnya, usaha menjayakan TMP 2024-2025 agak mencabar dan dianggap sebagai titik peralihan bagi menjayakan program terbabit.

Katanya, perancangan menjayakan TMP sudah lama dibuat lama di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

“Di samping itu tidak dinafikan, kita berdepan kekangan kewangan. Perlis kurang hasil berbanding negeri lain.

“Kita juga memastikan Perlis bukan lagi sekadar destinasi persinggahan atau transit pelancong ke Langkawi. Pelancong memilih negeri ini sebagai tempat percutian mereka,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/8/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -