ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan, hari ini menolak tuduhan membunuh terhadap bekas Perdana Menteri, Imran Khan.
- Advertisement -
“Segala puji bagi Tuhan,” kata peguam, Naeem Panjutha di platform pemesejan X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, sambil menambah pertuduhan berkaitan pembunuhan seorang peguam di bandar selatan Quetta ditolak oleh mahkamah.
Imran Khan yang didakwa terhadap pembunuhan itu pada Jun lalu, menghadapi lebih 100 kes sejak disingkirkan dalam undi percaya parlimen pada April tahun lalau, selepas beliau berkonflik dengan tentera yang berkuasa di negara itu.
Mahkamah Tinggi di sini juga dijadualkan memberikan keputusan ke atas rayuan yang difailkan oleh Khan untuk menggantung sabitannya dalam kes rasuah. – REUTERS