MUAR: Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin telah memimpin solat hajat bagi memohon agar dikurniakan kemenangan kepada calon PERIKATAN NASIONAL dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Simpang Jeram dan Parlimen Pulai. (Foto atas)
Solat hajat tersebut adalah antara pengisian program munajat yang berlangsung di Markas PAS Kawasan Bakri bermula jam 6.00 petang tadi sehingga Isyak. Turut diadakan bacaan Yasin yang dihadiri lebih 500 orang.
Timbalan Presiden, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman turut sama pada majlis itu.
Kerusi Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram kosong berikutan penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada 23 Julai lalu.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pada 26 Ogos ini, pengundian awal 5 September dan hari mengundi 9 September. – HARAKAHDAILY 23/8/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!