Logo DAP di cek kerajaan dedah tatakelola PH-BN

Foro daripada media sosial.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Tindakan pemimpin DAP menggunakan logo parti itu pada replika cek sumbangan kerajaan yang diberi kepada sekolah di Perak mendedahkan tatakelola sebenar kerajaan PH-BN.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PERIKATAN NASIONAL (PN) Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan pemimpin DAP mengunakan peruntukan itu untuk kepentingan politik sendiri seumpama mencampak kerajaan ke laut.

Kata beliau kenapa diletakkan logo parti di replika cek yang ditayangkan di khalayak umum.

“Ia seolah-olah menggambarkan sumbangan daripada parti berkenaan. Apa cerita pula ni..

“Inilah tataurus kononnya yang dicanang oleh pemimpin PH-BN pada hari ini,” katanya pada kenyataan menerusi TikTok di sini.

Laman berita melaporkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyerah replika cek kepada 17 sekolah persendirian di Perak yang tertera logo DAP.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS Malaysia berkata, peruntukan tersebut merupakan wang daripada pembayar cukai.

“Patutlah kerajaan tak nak bagi sangat peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang..” kata beliau.

Sehingga sekarang ahli parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan PH-BN, sedangkan di era kerajaan PN semua ahli parlimen mendapat hak mereka. – HARAKAHDAILY 23/8/2023