Ibu didapati bersalah bunuh tiga anak perempuan

Lokasi tempat kejadian ibu membunuh tiga anaknya sendiri di Timaru, New Zealand.

WELLINGTON: Juri di New Zealand mensabitkan kesalahan terhadap seorang wanita Afrika Selatan kerana membunuh tiga anak perempuannya, dengan media melaporkan bahawa hukuman penjara seumur hidup menantinya bagi setiap pembunuhan.

Lauren Anne Dickason membunuh anak kembarnya yang berusia dua tahun dan kakak mereka yang berusia enam tahun pada September 2021 di rumah mereka di Timaru, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 29,000 penduduk di Pulau Selatan, kira-kira sebulan selepas keluarga itu berhijrah dari Afrika Selatan..

Advertisement

Media melaporkan keputusan majoriti oleh juri lapan wanita dan empat lelaki mendapati Dickason tidak siuman pada masa pembunuhan itu dan bersalah kerana membunuh selepas perbicaraan di mahkamah tinggi selama sebulan di bandar Christchurch.

Media di New Zealand sebelum ini melaporkan bahawa suaminya, Graham menemui tiga anaknya mati dan isterinya dalam keadaan serius sebaik tiba di rumah selepas makan malam bersama rakan sekerja.

Mengikut Radio New Zealand, pihak pendakwaan berkata, Dickason tahu apabila dia membunuh anak perempuannya, perbuatan yang dilakukannya adalah salah dari segi moral dan merupakan pembunuhan.

Media juga melaporkan bahawa beberapa juri kedengaran menangis ketika mereka meninggalkan bilik mahkamah.

Hakim, Cameron Mander, memerintahkan Dickason ditahanan di unit psikiatrik hospital sehingga hukumannya. Dia berada di hospital sejak kejadian pembunuhan itu. – HARAKAHDAILY 16/8/2023