KEDUDUKAN Umno kini setelah selesai PRU ke-15 dan PRN 6 negeri adalah seperti berikut:
Parlimen – 26 kerusi / jumlah tanding 176
DUN – 45 kerusi/ jumlah tanding 225
Ianya rekod paling buruk dalam sejarah parti Melayu ini sejak Merdeka.
Pada tahun 2009 Pak Lah Badawi letak jawatan kerana ambil tanggungjawab atas prestasi buruk Umno dalam PRU ke-12 tahun 2008. Umno masih berkuasa di Putrajaya ketika itu.
Pada tahun 2018 sejurus PRU14, DS Najib letak jawatan ekoran kekalahan Umno hilang kuasa di Putrajaya. Mereka berdua dikenang sebagai pemimpin Umno terhormat dan punya maruah.
Hari ini Umno parti terkecil di Parlimen dengan 26 kerusi Parlimen tanpa ada kerusi di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka. Umno juga tiada wakil di Dewan Negeri Perlis, Kedah dan Terengganu buat pertama kali dalam sejarahnya.
Teruk kedudukan Umno, anehnya Presidennya enggan letak jawatan. Sedikit pun tidak berasa bersalah. Kata Zahid saya pikul tanggungjawab dan akan bantu pulihkan imej Umno. Masalahnya imej Umno buruk kerana kepimpinan beliau.
Bangkitlah sahabat-sahabat.
ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha PAS
Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 15/8/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!