Kelantan: Pembinaan, pengukuhan, peluasan

- Advertisement -

SAYA membesar sebagai anak perantau, sangat memahami kepayahan dan kesungguhan anak-anak perantau balik mengundi.

- Advertisement -

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan yang ‘kelik’ menunaikan tanggungjawab demi satu undi.

Kami pulang kerana kami sayangkan negeri kami.

Ya, kami pertahankan kerajaan negeri yang berusia 33 tahun ini. Namun jauh di lubuk hati, kami tetap mahukan perubahan di negeri kesayangan kami.

Insya-Allah yang baik dikekalkan, yang kurang diperbaiki:

Agama, pendidikan, pertanian, kebajikan – itu sudah pasti.

Pelaburan, pekerjaan, keusahawanan, pelancongan – itu perlu dilonjak tinggi.

Kelantan – 23 tahun pertama – fasa pembinaan (legasi); di bawah kepimpinan Dato’ Bentara Setia Almarhum Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kelantan – 10 tahun kedua – fasa pengukuhan (istiqamah); di bawah kepimpinan Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob.

Kelantan – 10 tahun ketiga – fasa peluasan (lonjakan); di bawah kepimpinan baharu, meneruskan legasi kepimpinan terdahulu.

Semoga Kelantan beroleh kejayaan.

Semoga Kelantan dilimpahi keberkatan.

Kelantan, ‘The Greater Serambi Mekah’, insya-Allah.

MOHD SYAHIR CHE SULAIMAN
Ahli Parlimen Bachok
15 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 15/8/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -